BUANGAN DOMESTIK

Bahan buangan domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid. Bahan buangan toksid ialah bahan buangan yang mengandungi sifat – sifat fizikal , kimia atau biologi yang memberi impak yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Bahan toksid ini boleh menjejaskan kesihatan manusia dan membawa bencana alam kepada dunia. Bahan buangan toksid ini mudah terbakar , menghakis , beracun dan bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair , pepejal dan separa pepejal. Selain itu terdapat banyak jenis buangan toksid yang terdiri daripada sisa minyak seperti minyak hidraulik dan minyak gerundi serta bahan buangan kimia organik yang mengandungi halogen atau sulfur yang berupaya melarut bahan lain seperti trikloroetilena , tetrakloraetilena , kloroform , kloroetana , gendkleno dan freons. Di samping itu ,terdapat juga beberapa jenis sisa buangan pepejal seperti sisa pepejal domestik iaitu sisa – sisa makanan , sampah sarap dan benda – benda terpakai daripada kawasan perumahan , perniagaan , sekolah dan kawasan- kawasan awam, barang – barang buangan pukal seperti rangka / bingkai , barang-barang elektronik , perabot dan tayar buruk , buangan daripada perlombongan dan kuari , bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan – bangunan , sisa buangan taman dan sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir , lembu , sekam padi dan sekam kayu.
Bahan buangan domestik ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran terbahagi kepada dua iaitu pencemaran faktor semula jadi dan pencemaran factor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendiri seperti letusan gunung berapi , ribut taufan , gempa bumi dan tsunami. Manakala pencemaran faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran udara iaitu gas-gas beracun , zarah –zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan , jerubu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Selain itu, pencemaran air iaitu melalui pembuangan air kumbahan , sisa – sisa kimia , haba dan pembuangan sampah . Manakala pencemaran tanah berlaku melalui pembuangan sisa industri terutama karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur yang menyebabkan ketidaksuburan tanah akibat daripada peningkatan kekonduksian tanah yang tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.
Pembuangan bahan domestik telah menggangu keseimbangan semula jadi dan menimbulkan pelbagai masalah kepada dunia. Bahan domestik terwujud daripada pembuangan bahan – bahan buangan dari kilang seperi minyak , sisa toksid dan sisa – sisa kilang. Kilang –kilang tersebut tidak memikirkan kesan yang akan dialami ika membuang sisa – sisa toksid di merata tempat. Melalui bahan buangan domestik ini boleh belaku pencemaran air , tanah dan udara. Sebagai contoh , buangan domestik ini boleh mencemarkan tanah , jadi tanah tercemar tidak sesuai untuk menjalankan pertanian kerana bahan toksid atau kimia boleh membunuh tumbuhan yang ditanam dan habitat yang hidup di kawasan tersebut. Di samping itu , bahan buangan domestik yang lain ialah sisa sembelih dan najis binatang , buangan daripada pasar ,pencerobohan rizab sungai dengan pelbagai aktiviti dan perlombongan . Hal ini berlaku di sebabkan oleh sifat kepentingan diri sendiri manusia.
Melalui bahan buangan domestik terwujud hujan asid melalui pencerapan air-air yang bertoksid dan kimia atau melalui pengabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Apabila gas sulfur dioksida (SO2) dan oksida nitrogen(NOX) dilepaskan ke udara , ia mempunyai tindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan menjadi asid sulfuric dan asid nitric. Asid ini akan turun bersama hujan dan menimpa kehidupan di bumi. Hujan asid ini boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan air serta menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu , asid tersebut meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah kurang dan menjadikan tidak subur. Penyaluran terus sisa kumbahan domestik ke dalam laut atau sungai boleh menyebabkan peningkatan dalam jumlah kandungan bahan organic yang seterusnya menyumbang terhadap peningkatan pertumbuhan bakteria , dimana meninggalkan kesan bau busuk serta perubahan warna.
Terdapat banyak kesan yang dihadapi oleh masyarakat dan alam sekitar melalui bahan buangan domestik. Kesan utama ialah mengancam kesihatan manusia iaitu melalui pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simpton – simpton kebas , sakit kepala , kabur penglihatan dan pertuturan yang tidak betul jika air tersebut digunakan oleh manusia. Jika pencemaran toksid itu terbiar di kawasan pertanian atau tanah ia akan menyebabkan tanah tidak subur dan membunuh binatang dan haiwan yang hidup di kawasan tersebut. Kesan seterusnya ialah mengancam tumbuhan dan binatang , tumpahan minyak ke dalam laut menyebabkan banyak organism laut di perairan cetak mati. Apabila tumpaham minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpahan minyak ini turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.
Sebagai contoh,kesan daripada buangan domestik ke dalam laut iaitu keracunan raksa yang berlaku di Teluk Minamata,Jepun dimana burung –burubg yang terbang tinggi tiba-tiba menjunam dari angkasa , kucing yang berjalan terhoyang-hayang dengan mulut berbuih serta mati. Contoh lain ialah Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di Kepulauan Riau dalam tahun 1975 , menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia. Walaupun empat tahun berlepas , kesan saki baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Akuakultur.
Amalan pengurusan sisa pepejal termasuk pengitar semula , pembakaran sisa dan pelupusan di tanah isian. Pemilihan kaedah pengurusan sisa pepejal ini dibuat oleh kerajaan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ketersediaan kewangan , keadaan geologi dan ketersediaan tanah dengan kewujudan badan –badan domestik yang menitikberatkan pengitaran semula dan pemerolehan semula. Oleh yang demikian , pengunaan teknologi rawatan terma dalam pelupusan sisa di Malaysia merupakan suatu pilihan yang munasabah , kerana ia selaras dengan SPS memandangkan ia berlandaskan konsep pengitaran semula dan berupaya menangani masalah – masalah alam sekitar yang dikaitkan dengan penggunaan tanah isian.
Kaedah loji mesra alam iaitu melupuskan semua sisa yang digunakan secara menyeluruh , tidak menghasilkan furan mahupun dioksin , menghasilkan tenaga daripada sisa untuk boleh digunakan untuk tujuan lain dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sisa domestic iaitu sisa daripada aktiviti pembinaan dan sisa makanan yang terhasil semasa proses pembinaan dan operasi akan dikendalikan mengikut cara pengurusan yang efektif dan dilupuskan di tapak pelupusan yang ikthiraf. Sehubung dengan itu, Sisa minyak pelincir dan sisa minyak yang dihasilkan dari kerja –kerja pembaikpulih akan dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Environmental Quality (Scheduled Wastes) Regulations , 2005 dan akan dilupuskan di Kualiti Alam melalui kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.Keadah lain yang dapat megatasi buangan domestic ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.Disamping itu, kempen kesedaran melalui iklan televisyan perlu dipaparkan supaya ia dapat mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang bahan domestik tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
Alam sekitar adalah satu asset Negara yang bernilai dan peril dipelihara. Sekiranya alam sekitar diurus dengan baik,ianya akan member pulangan dan menana ekonomi Negara. Oleh itu program pemulihan dan pengurusan alam sekitar perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesempurnaan ke atas alam sekitar. Pengurusan alam sekitar secara bersepadu yang melibatkan semua lapisan masyarakat adalah satu focus utama kearah pencapaian matlamat tersebut.Hubungkait antara kuantiti ,kualiti dan persekitaran terutama alam sekitar perlu dititikberatkan dan diseimbangkan di dalam proses pengurusan dan pembangunan.
Masyarakat harus mengambil berat tentang alam sekitar kerana kesannya akan dihadapi oleh mereka.Manusia tidak harus bersikap sambil lewa dengan keadaaan alam sekitar. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia serta habitat di dunia akan pupus secara pelahan-lahan. Masyarakat harus bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran ini dibiarkan berterusan , bumi akan kehilangan keindahan dan kecantikan semulajadi. Jadi masyarakat dan pihak tertentu harus mengambil langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar yang menyebabkan pemusnahan flaura dan fauna.

Buangan Domestik Terhadap Alam Sekitar

Selamat datang ke blog CCA2053 Penulisan Korporat.

Kami ialah kumpulan Sweet Girl yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia. Penubuhan blog ini adalah khas bagi CCA2053 Penulisan Korporat yang dibimbing oleh Profesor Nor Hayati Mohd Jalil. Kami berharap penubuhan blog ini memberi manfaat bersama dalam mempelajari subjek tersebut.

Terima Kasih.

' Negara Bersih, Rakyat Sihat '

Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan dan juga pembangunan? Adakah setiap dari kita mampu untuk melalui setiap proses yang berlaku? Ini adalah antara persoalan yang sering terdetik di benak fikiran kita. Namun sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita dalam merentasi arus globalisasi. Walaupun kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi, namun sedikit tercalar dek sikap segelentir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Namun di manakah pula peranan segelentir lagi masyarakat yang prihatin dalam menangani masalah alam sekitar ini? Pelbagai persoalan terjengah di minda fikiran apabila kita membicarakan tentang sampah sarap, kitar semula, pembuangan sisa toksid dan berbagai lagi. Isu-isu ini pencemaran alam sekitar seperti pencemaran sungai dan laut, pencemaran udara dan bunyi, kepupusan flora dan fauna dan sebagainya semakin menghimpit dunia hari. Semakin tenatkah bumi kita? Apakah kita ingin membiarkan bumi ini terus musnah angkara sikap kita sendiri? Alasan ini sudah cukup membuktikan dan menyedarkan kita tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.



Kepentingan dalam penjagaan dan juga pemuliharaan alam sekitar perlu dipupuk dan dipraktikkan dalam diri kita. Iannya memerlukan kerjasama yang erat dan berterusan di antara semua pihak. Langkah-langkah yang positif perlu dilakukan supaya alam sekitar kita akan sentiasa bersih.Langkah-langkah positif yang boleh diambil ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana menyebabkan berlakunya pencemaran dan jelas akan mendatangkan impak yang besar dalam jangka masa yang panjang. Kesan yang paling ketara ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin. Penggunaan ini akan menyebabkan lapisan ozon kian menipis dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat merbahaya kepada masyarakat. Penggunaannya perlu pengawalan terutamanya dari pihak yang berkuasa.

Atas dasar inilah, pihak berkuasa telah mewujudkan undang-undang tentang pencemaran alam sekitar secara menyeluruh supaya dapat membantu menjaga alam sekitar dengan lebih efektif. Walaupun begitu ada juga pihak pengusaha kilang mengambil sikap sambil lewa dan kurang menitik beratkan aspek-aspek tersebut. tetapi hasil dari sokongan serta sikap bertanggungjawab rakyat masa kini, banyak kes-kes yang melibatkan pencemaran dapat dibendung dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa. Berbagai-bagai program telah diusahakan oleh pihak berkuasa bagi memberi kesedaran kepada masyarakat antaranya:-
- Amalan 5R
- Sambutan Hari Alam Sekitar
- Sekolah Lestari
- Sekolah Dalam Taman dan lain-lain lagi.

Atas dasar inilah, pihak berkuasa telah mengambil langkah dengan mengadakan kempen kitar semula. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula dan digunapakai sekali lagi. Setiap bahan yang tidak diperlukan boleh diklasifikasikan ke dalam tong-tong kitar semula seperti yang telah disediakan. bukan itu sahaja, malah ianya sekaligus dapat memulihara ekosistem untuk memastikan keutuhan, kepelbagaian biologi, menjaga sistem sokongan hidup, dapat memperbaiki pengurusan pembuangan sampah dan bahan bertoksid serta memberi perlindungan kepada habitat yang ada. Melalui pendekatan sebeginilah, maka sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos dan sekaligus menjamin kebersihan alam sekitar.

Bagi sesetengah bandar dan kampung, mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat manakala kilang pula meluncurkan sisa bahan beracun terus ke dalam sungai sekaligus mengancam dan memusnahkan kehidupan yang sedia ada di dalamnya. Sikap yang tidak bertanggungjawab serta lebih mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan pihak terlibat dengan kehidupan lain dan juga alam sekitar. Ini terbukti kerana terdapat sebahagian pengusaha kilang mengambil langkah mudah iaitu membuang sisa bahan beracun kilang terus ke dalam sungai walau pun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Adakah kita ingin menyalahkan pembangunan sebagai punca kemusnahan alam sekitar? Fikirkanlah!!!

Atas bantuan serta keprihatinan pihak Kerajaan, berbagai usaha telah dijalankan, iaitu dengan penggunaan teknologi moden yang mana sekaligus dapat mengurangkan kemusnahan alam sekitar. Antaranya sisa bahan pepejal seperti kain, surat khabar lama, majalah, bahan plastik, kaca, tin dan juga logam dapat melalui proses kitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Manakala bahan-bahan buangan industri pertanian pula diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang merbahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh diproses semula menjadi bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Manakala hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit misalnya boleh dihasilkan menjadi mentana. Selain daripada itu juga, dengan adanya teknologi moden ini, penapis udara dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan juga serombong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan pertol tanpa plumbum juga merupakan salah satu hasil daripada penggunaan teknologi moden.

Dengan adanya kempen-kempen yang dibuat saam ada melalui pihak Kerajaan, swasta dan juga peranan yang dimainkan oleh media massa dapat membentuk cara pemikiran masyarakat kita pada hari ini. dengan adanya paparan iklan yang disiarkan sekurang-kurangnya semangat kesedaran dapat ditiup dalam setiap sanubari masyarakat. Sedikit demi sedikit masalah dapat dibendung dan dapat memastikan kualiti kebersihan alam sekitar terjamin. Setiap dari kita perlu memainkan peranan dan sentiasa bekerjasama supaya kebersihan dapat dikekalkan. kita tidak harus meletakkan bebanan di atas bahu kerajaan semata-mata, malah seharusnya mewujudkan kerjasama yang erat dan bersepadu dari masyarakat akan lebih bermakna seterusnya dapat memuaskan hati semua pihak sinonim dengan slogan negara "NEGARA BERSIH, RAKYAT SIHAT"
Gaya Hidup Lestari, Sinar Kepada Bumi

Sampah sarap, tapak pelupusan, karbon dioksida dan kitar semula. Itulah adalah antara perkataan yang kerap kita dengar apabila membicarakan tentang alam sekitar. Pelbagai kempen berkaitan pemuliharaan alam sekitar telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun persoalannya, sejauh manakah semua itu terkesan di benak pemikiran kita? Apakah pencapaian dan sumbangan kita yang akan dapat membantu menyelamatkan alam sekitar? Memandangkan dunia sedang berdepan dengan pelbagai isu pencemaran alam sekitar seperti pemanasan global, kepupusan flora dan fauna, pencemaran laut dan sungai, jerebu dan pencemaran bunyi, tidakkah terdetik di fikiran kita betapa tenatnya bumi kita kini? Ibarat telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja akan musnah sekiranya kita terus memusuhi alam dengan tindakan kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang selamat untuk diduduki dan membolehkan kita dan hidupan lain hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk menyedarkan kita tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

Kepentingan pemuliharaan alam sekitar memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak dan semua peringkat umur. Individu, keluarga, masyarakat haruslah berganding bahu jika mahukan bumi sentiasa hijau. Sumbangan dari pelbagai institusi sama ada badan kerajaan atau swasta, institusi pengajian dan badan-badan korporat juga penting dalam menjayakan matlamat ini. Amalan gaya hidup lestari sebenarnya amat mudah untuk dipraktikkan oleh kita semua. Antaranya, kita boleh berbelanja secara berhemat, menjimatkan pengunaan sumber air, tenaga dan bahan bakar, menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar serta menggunakan teknologi bersih dan juga mesra alam.

Tahukah anda sampah domestik merupakan antara penyebab utama pencemaran berlaku. Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada berbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembungkusan dan sisa daripada proses pengilangan. Pengguna domestik menghasilkan dua jenis sisa pepejal, iaitu sisa organik dan sisa daripada bahan-bahan pembungkusan barangan yang dibeli. Bahan organik boleh mereput dengan mudah. Namun, sesetengah bahan pembungkusan tidak boleh mereput dengan cepat.

Cara perlupusan bahan buangan rumah yang biasa diamalkan oleh penduduk di kawasan perumahan samada di bandar atau di kampung biasanya adalah melalui tong sampah, sistem aliran air paip, pembakaran terbuka ataupun ditanam. Tetapi terdapat juga penduduk yang masih kurang peka kepada kebersihan alam sekitar dengan membuang sampah ke dalam parit, tali air atau sungai, meninggalkannya di tepi jalan atau di kawasan lapang. Kebanyakan dari kita tidak sedar bahawa sampah yang dibuang ke dalam tong setiap hari mengandungi bahan toksik seperti logam berat dan agen penyebab kanser. Tahukah anda, secara puratanya, setiap isi rumah membuang 4.5kg sampah setiap hari? Pihak kerajaan terpaksa membelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk melupuskan sampah di seluruh negara sedangkan sebahagian besar daripada sisa buangan ini terdiri daripada sisa organik dan bahan kertas yang boleh dikitar semula. Memandangkan tempat pelupusan yang semakin hari semakin penuh dengan sampah pada kadar yang mencemaskan pelbagai cadangan diberi bagi mengatasi masalah ini. Salah satu daripadanya ialah agar rakyat Malaysia tidak membuang sisa-sisa berbahaya di tempat pelupusan dan ini perlu bermula dari rumah sendiri.

Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti kita seharian. Ini bermakna kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akan datang. Dalam konteks alam sekitar, penggunaan sumber perlu dilakukan secara optimum tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem dan pemuliharaan flora dan fauna. Cara hidup lestari membabitkan penghayatan minda lestari dalam seluruh bidang kehidupan. Sebagai individu kita boleh mengambil beberapa langkah bagi memimumkan pencemaran alam sekitar. Antaranya jangan gunakan beg plastik kerana ianya memakan masa beratus tahun untuk mengurai dan reput. Gunakan bakul atau beg sendiri ketika membeli belah. Belilah produk mesra alam yang diktiraf, kerana ini menunjukan anda telah membantu mengurangkan beban kepada alam sekitar. Belilah barangan yang mempunyai bahan pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula (kertas, kaca dan logam). Pengasingan sampah yang dihasilkan di rumah patut dibuat. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan ini

Anda mampu melakukan banyak perkara bagi membantu melindungi alam sekitar dan sekaligus membantu diri anda sendiri. Perkara yang paling mudah ialah mengamalkan cara hidup lestari dan mengamalkan konsep 5R iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (Kurangkan), Repair, (perbaiki), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula). Konsep ’rethink’ atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu boleh dikitar semula atau digunakan semula. Konsep ’R’ kedua adalah ’repair’ atau baik pulih iaitu memeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu supaya barangan tersebut dapat dilupuskan secara berkesan. Konsep seterusnya ialah ’reduce’ yang bermaksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum dan sabagainya. ’Reuse’ atau guna semula pula bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain yang berguna.

Kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru. Dengan kitar semula, kita sebenarnya banyak berjasa kepada bumi kerana sumbangan kita yang kecil ini begitu besar faedahnya kepada bumi. Dengan kitar semula, kita bukan sahaja menjimatkan kos, malah mengurangkan pembukaan tapak pelupusan yang baru. Ini kerana buat masa ini, kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Dan lebih membimbangkan lagi, kini timbul pelbagai masalah dan rungutan seperti isu keselamatan, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan sebagainya. Dengan kita mengamalkan kitar semula sebagai cara hidup kita kita dapat membina persekitaran yang lebih bersih dan sihat, mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, menjimatkan sumber asli dan tenaga dan memelihara hutan. Semua kepentingan ini berhubung kait dengan manusia kerana tanpa bumi dimanakah kita akan tinggal?

Gaya hidup yang lestari mengambarkan kita bersopan atau beretika dengan bumi. Etika alam sekitar ini sangat penting di dalam menjaga keharmonian dan kelestarian alam sekitar ini. Setiap individu mestilah menghargai alam sekitar sebagai sebuah sumber yang cukup penting di dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan etika alam sekitar yang berhubungan dengan sampah sarap. Sampah sarap terhasil dari segala aktiviti manusia, baik yang bersifat individu dan berkolompok. Apabila setiap orang yang menghasilkan sampah tidak memperdulikan cara pembuangan dan pengurusan yang baik, maka ianya dapat menjejaskan alam sekitar yang akhirnya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.
Menurut Murtadho dan Said (1987), sampah organik dibedakan menjadi sampah organik yang mudah lupus (misal:sisa makanan, sampah sayuran dan kulit buah) dan sampah organik yang tidak mudah lupus (misal : plastik dan kertas). Setiap hari manusia menghasilkan sisa-sisa kumbahan. Sisa-sisa kumbahan boleh didefinisikan sebagai kumbahan domestik. Sisa domestik ialah bahan buangan kegunaan harian manusia. Sisa domestik hasil daripada kediaman. Sisa domestik boleh diketegori kepada dua jenis iaitu bahan organik dan bukan bahan organik. Contoh Sisa organik adalah seperti sisa makanan, kertas, tekstil, getah, kulit, kayu dan sisa kebun manakala contoh sisa bukan organik seperti kaca, tin-tin, aluminium, besi, plastik dan kotoran.

Bukan begitu sahaja, sisa pukal (bulky waste) juga boleh dikenali sebagai sisa domestik tetapi sisa ini memerlukan cara pengendalian yang lebih khusus kerana ia susah dan tidak dapat diuraikan secara sewenang-wenang. Sebagai contoh sisa pukal adalah seperti radio, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perabot, dan sisa berbahaya seperti bateri dan mentol lampu.

Bahan yang dibuang selepas aktiviti manusia dan haiwan juga dikenali sebagai sisa buangan ataupun dipanggil bahan buangan. Sisa ini tidak boleh digunakan semula ia cuma boleh dilupuskan sahaja. Bahan sisa ini adalah tidak membawa sebarang rezeki kepada manusia kerana ia tidak mempunyai sebarang nilai dari segi ekonomi. Pembungkusan bahan plastik boleh mencemarkan kerana bahan ini tidak boleh diuraikan oleh bakteria atau kulat. Sisa makanan yang berlebihan jika tidak dibuang dengan sempurna akan mengeluarkan bau yang busuk dan boleh menggalakkan pembiakan organisma yang menyebarkan penyakit seperti tikus, lalat, dan lipas yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan.

Perkembangan dan pertumbuhan penduduk yang pesat mengakibatkan daerah semakin luas dan padat. Peningkatan aktiviti manusia, lebih lanjut menyebabkan bertambahnya sampah. Faktor yang mempengaruhi jumlah sampah selain aktiviti penduduk antara lain adalah : jumlah atau kepadatan penduduk, sistem pengelolaan sampah, keadaan geografi, musim dan waktu, kebiasaan penduduk, teknologi serta tingkat sosial ekonomi (Depkes RI, 1987).

Sikap manusia yang tidak baik dan tidak bermoral adalah punca menyebabkan buangan domestik. Contoh tingkah-laku yang tidak bermoral yang diamalkan oleh masyarakat ialah suka membuang sampah-sarap iaitu sisa domestik yang dihasilkan dari kediaman atau membuangkannya di tempat yang jauh dari tempat kediaman tanpa membuang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Kesan kepada alam sekitar
1. Kesan-kesan pencemaran udara
• Kesan ke atas manusia dan haiwan
-gangguan pernafasan
-sakit kerongkong
-sakit kulit
-sakit mata
-sakit paru-paru
• Kesan ke atas tumbuh-tumbuhan
-kehangusan daun
-kehilangan warna hijau
-merosakkan tisu tumbuhan
• Kesan ke atas harta benda
-hakisan bahan-bahan binaan
-mengotorkan permukaan ( dinding rumah
2. Kesan-Kesan pengendalian tidak efektif sisa pepejal
• Pencemaran sumber air bawah tanah
• Pencemaran permukaan air yang mungkin mendatangkan kesan terhadap bekalan air minuman kita
• Dari segi kesihatan; bau busuk, tikus, lalat, nyamuk
• Sampah yang tidak diuruskan dan dilupuskan dengan segera, akan menjadi tempat pembiakan pelbagai
penyakit berjangkit
• Pereputan sisa, ditambah dengan bau busuk, pengeluaran gas dancecair berbahaya, boleh mengancam diri dan alam sekitar kita

Penduduk semakin bertambah atas pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara telah menyebabkan pertambahan buangan domestik. Hal ini telah menyebabkan masalah timbunan sampah domestik. “Bayangkanlah sekiranya setiap hari lebih daripada 10 000 tan sampah dihasilkan di Malaysia. Ini tidak termasuk di lain-lain negara di dunia ini terutama negara maju. Hanya dalam beberapa tahun sahaja dunia akan ditimbuni sampah-sarap jika tidak dipantau.”Bahan buangan seperti surat khabar, botol, perabot lama dan plastik boleh digunakan semula kerana bahan ini tidak menghasilkan bau (Hairul kamal Wahid 2006).

Kami boleh dapati banyak bahan buangan sisa domestik dibuang di dalam sungai, longkang atau parit-parit kecil yang dibina sendiri. Sekiranya sungai, longkang atau parit-parit kecil tersebut telah tersumbat, akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu adalah wajar untuk masyarakat mengetahui cara terbaik untuk melupuskan bahan kumbahan. Ini penting untuk memastikan tiada udara tercemar dan bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu, pengurusan sisa perlu mengamalkan konsep 4R & 2C iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula), Composting(pengkomposan) dan Closing the loop(melengkapkan kitaran sumber asli)

Bahan organik pada landfill akan mengalami penguraian. Penguraian tersebut berlangsung melalui proses kimiawi dan biologis yang selanjutnya akan menghasilkan bahan padat, gas dan cairan. Secara garis besar bahan organik akan diuraikan dalam keadaan lingkungan yang beroksigen (aerobic) dan atau keadaan tanpa oksigen (anaerobic).

Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (Pelan Srategik) telah melaksanakan satu progrm untuk menyelesaikan masalah buangan domestik. Antara langkah yang diambil ialah membina lebih banyak tapak pelupusan baru dan stesen pemindahan yang dilengkapi dengan sistem yang sempurna supaya menjimatkan masa dan tenaga untuk mengumpulkan buangan domestik. Selain itu, mereka juga amat memberikan keutamaan kepada cara untuk mengurangkan buangan domestik. Antaranya ialah penggunaan semula bahan domestik supaya dapat mengurangkan jumlah bilangan bahan buangan domestik yang semakin kian bertambah sejak kebelakangan ini. Dalam kehidupan seharian, masyarakat digalakkan menggunakan bioplastik yang dapat mesrakan alam.

Kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa mesra alam supaya membinakan lebih banyak tapak pelupusan atau rawatan sisa toksik . Selain itu, pihak berkuasa alam sekitar perlu sentiasa membuat pemeriksaan supaya dapat menjaminkan sistem pengurusan sisa domestik dalam keadaan yang baik dan sempurna. Bukan begitu sahaja, kerajaan perlu membuat pemeriksaan mengejut di semua premis pihak dari masa ke semasa. Undang-undang yang ketat perlu diamalkan di Malaysia agar tidak kelihatan seperti melepas batuk di tangga. Selain itu, perundangan yang ada kini perlu sentiasa dikaji semula agar dapat menghukum mana-mana pihak yang membuang sisa domestik dengan sesuka hati sehingga mencemarkan alam sekitar yang kian berada dalam keadaan yang membimbangkan semua pihak. Contohnya kerajaan dan pihak undang-undang perlu mengenakan bayaran kompaun yang lebih tinggi ke atas kesalahan pembuangan haram sisa yang supaya dapat menakutkan dan menghukumkan sesiapa yang salah di sisi undang-undang. Hal ini agar dapat mengelakkan pihak tertentu tidak lagi mengambil jalan mudah untuk melupuskan sisa buangan domestik. Pengeluaran lesen ke atas syarikat atau kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembuangan sisa pula mestilah diperketatkan. Selain itu, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak kempen dan aktiviti yang bertajuk “ mesrakan alam sekitar “ bagi meningkat kesedaran harus dipergiatkan untuk mendidik orang awam mengenai manfaat mengamalkan penggunaan secara mampan. Kempen kesedaran harus diadakan di merata-rata tempat seperti di sekolah, tempat rekreasi, tempat membeli-belah dan sebagainya agar lebih ramai orang sedar untuk memelihara alam sekitar.

Pengitaran semula perlu diadakan oleh semua pihak. Mendisiplinkan manusia adalah tanggungjawab keluarga, sekolah dan manusia sendiri. Sememangnya pengitaran semula bahan-bahan buangan telah lama dipraktikkan di negara-negara maju tetapi di Malaysia pengitaran masih baru dan tidak ramai mengetahui kebaikannya.

Kompos adalah bahan organik yang terbuat dari bahan-bahan hijauan dan bahan organik lain yang sengaja ditambahkan untuk mempercepatkan proses pembusukan, misalnya kotoran ternak atau bila dipandang perlu, boleh ditambahkan pupuk buatan pabrik seperti urea (Wied, 2004). Pihak sekolah dan ahli keluarga perlu sentiasa mendidik kanak-kanak cara membuang sisa domestik secara betul serta membimbing mereka untuk memelihara alam sekitar. Pihak sekolah dan ahli keluarga boleh mendidik generasi yang baru bahawa surat khabar lama boleh diproses semula menjadi kertas dan tisu. Bukan begitu sahaja, botol air yang telah dipakai boleh digunakan semula untuk mengisi air minuman. Getah merupakan sisa domestik yang bukan organik maka ia akan diguna semula untuk memproses semula tayar atau menambah lapisan bunga pada tayar.

Akhir kata, kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama rakyat seluruh pelusuk negara, oleh itu, perlulah kita bersama-sama mengamalkan pepatah ini “Negara Bersih, Rakyat Sihat”

Masyarakat prihatin, masyarakat penyayang, masyarakat harmoni dan banyak lagi digunakan bagi menggambarkan keadaan dalam satu-satu masyarakat.

Namun, apa yang akan terlintas di fikiran anda apabila mendengar istilah 'masyarakat sampah'?

Tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini dengan secara tidak langsung. Rakyat Malaysia menghasilkan > 15000 tan sisa buang setiap hari dan jumlah buangan yang terhasil adalah 5500 tan. Setiap rakyat Malaysia menghasilkan purata 1 kg sisa buangan sehari. Kerajaan tempatan kini menggunakan 40-70% daripada jumlah cukai taksiran tahunan hanya untuk pengumpulan dan pelupusan sampah.

Sisa buangan merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan ataupun tidak mempunyai sebarang nilai lagi dari segi ekonomi, hasil daripada aktiviti manusia dan juga haiwan. Sisa buangan dihasikan melalui 2 cara iaitu sebagai bahan sampingan dalam proses pengeluaran barangan atau bahan dan apabila barangan atau bahan yang dikeluarkan (dihasikan) dibuang selepas digunakan.

Sisa domestik merupakan sisa yang dihasilkan daripada kediaman ataupu bangunan yang digunakan sebagai kediaman. Sisa sering terdiri daripada bahan organik dan bukan organik. Sisa organik terdiri daripada sisa makanan, kertas, tekstil, getah, kulit, kayu dan sisa kebun. Manakala sisa bukan organik terdiri daripada kaca, tin-tin, aluminium, besi, plastik dan kotoran. Sisa domestik juga termasuk sisa pukal yang memerlukan cara pengendalian yang khusus. Contohnya, radio, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perabot dan sisa berbahaya seperti bateri dan mentol lampu.

Terdapat beberapa punca sisa buagan domestik. Domestik atau perbandaran merupakan punca utama mencemarkan alam sekitar. Pembuangan sisa domestik terdiri daripada rumah dan pejabat seperti kertas, plastik, bahan organik dan bahan berbahaya (racun serangga dan produk membersih). Punca kedua adalah industri dan pemprosesan. Industri dan pemprosesan membuangkan sisa yang tidak bernilai selepas sesuatu proses. Vegetasi daripada kawasan hutan yang telah dilapangkan, bekas racun perosak dan baja yang kosong adalah terdiri daripada punca pertanian. Punca hospital atau perubatan menghasikan sisa klinikkal, jarum yang sudah dipakai dan ubat-ubatan tamat tempoh. Punca kawasan pembinaan membuangkan sisa debris, besi, konkrit, cat, jubin dan sebagainya. Punca-punca ini akan membawa masalah besar kepada negara dan kesihatan rakyat kita.

Penduduk-penduduk terpaksa berdepan dengan masalah bau busuk akibat pembuangan sisa domestik sehingga menimbulkan bau busuk di kawasan yang tidak jauh dari kawasan perumahan kereka. Penduduk-penduduk di kawasan itu akan merasa tidak selesa dan malu kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang datang menziarah.
Pembuangan sisa domestik lama-kelamaan akan mengancam keselamatan penduduk yang duduk berdekat dengan pembuangan sampah. Akibat kehadiran sampah domestik yang menjadi sumber makanan sesetengah haiwan, kawasan ini diancam kewujudan haiwan berbisa terutama ular. Haiwan ini akan masuk ke dalam rumah dan ada yang duduk dai bawah kenderaan penduduk. Masalah yang amat membimbangkan oleh pendudukan yang duduk dekat kawasan pembuangan sisa domestik adalah terhadap ancaman haiwan lain seperti nyamuk aedes dan tikus yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Pembuangan sisa domestik juga membawa masalah yang besar kepada Negara dan rakyat Malaysia. Sampah sarap bukan sahaja dibuang di kawasan penempatan tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air. Tahap pembuangan sisa domestik di negara kita agak tinggi dan semakin meningkat pada setiap tahun. Kadar terkini pembuangan sisa domestik adalah sebanyak 0.73 kg/ penduduk / hari.

Satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakan sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. masyarakat tidak prihatin terhadap masalah ini dan kurang kesedaran sivik. Didapati kedai - kedai makan di mana longkangnya yang berada di sebelah tempat mereka memasak, longkangnya dipenuhi dengan bahan buangan sisa makanan malah parit di hadapan rumah kedai tidak mengalir langsung kerana tersumbat.

Peranan dan pemglibatan pihak kerajaan dalam menghadapi masalah pembuangan sisa domestik amat penting dan perlu dititiberatkan. Ini adalah kerana impak pembuangan sisa domestik turut mempengaruhi aspek kepentingan dan kestabilan politik sesebuah kerajaan yang memerintah. Memang tidak dapat dinafikan kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyatnya hidup dalam suasana yang selesa, aman dan selamat daripada sebarang bencana atau ancaman luar.

Program Pengurangkan Sisa BuanganDdomestik perlu diadakan pada semasa ke semasa. Dengan konsep 4R & 2C iaitu rethink (fikir semula), reduce (kurangkan), reuse (guna semula), recycle (kitar semula), composting (pengkomposan), closing the loop (melengkapkan kitaran sumber asli). Botol plastik, suratkhabar lama, tin-tin aluminium, baju lama, botol kaca, buku, magazine, kotak juga terdapat dalam kategori 4R & 2C. Program ini memerlukan kerjasama dan prihatinan masyarakat awam dan penduduk setempat amat penting dalam menangani masalah pembuangan sisa domestik yang sering melanda.

Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang- undang secara bersungguh- sungguh bagi menghalang masyarakat awam daripada terus membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang dengan sewenang- wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di negara- negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak dibuang merata- rata sesuka hati.

Masyarakat awam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan kesihatan diri sendiri serta orang lain. Bumi hanya ada satu oleh itu menyayangi bumi sama dengan menghargai nyawa kita sendiri.

Memang menakjubkan! Sampah di Malaysia telah melebihi 50 tan sehari. Rakyat Malaysia sering menitikberatkan pertumbuhan ekonomi sebaliknya tidak mementingkan pengurusan sampah di Malaysia. Adakah manusia mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja?

Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan penggunaan sumber semulajadi dan pengekploitasian persekitaran yang akan mempengaruhi kitaran alam semulajadi. Tetapi, rakyat Malaysia mempunyai kesedaran sivik dan sikap bertanggungjawab yang tidak memuaskan yang akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan pemerebakan penyakit yang serius.




Lihatlah apakah yang manusia lakukan untuk bumi? Bumi telah memberikan keperluan kepada manusia. Tetapi manusia telah memulangkan alam sekitar yang tercemar. Sekarang, manusia yang menerima balasan. Adakah manusia mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja?

Menurut Ridwan Lubis, sampah dikategorikan kepada dua kategori, iaitu sisa domestik dan sisa bukan domestik. Sisa domestik adalah bahan-bahan buangan dari rumah. Manakala sisa bukan domestik adalah bahan-bahan buangan dari pasar, pekedai, pejabat, industri dan tapak pembinaan.

Sisa domestik dibahagikan kepada tiga bahagian. Sisa domestik organik seperti kertas, plastik dan bekas makanan. Sisa domestik inorganik seperti kaca, logam dan tin alu- minium. Sisa domestik yang bersaiz besar seperti tanaman, perabot dan barangan elektrik.

Sisa domestik berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan pendapatan dan taraf kehidupan rakyat Malaysia. Seterusnya telah menggalakkan pertumbuhan kegiatan produksi dan penggunaan barang-barang.

Rakyat Malaysia menghasilkan sisa domestik tetapi tidak mempedulikan cara pembuangan dan pengurusan sampah yang sistematik mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang serius di Malaysia. Pembuangan sampah sembarangan mengakibatkan pencemaran tanah dan saluran air. Pembuangan sampah ke sungai mengakibatkan pencemaran sungai dan kepupusan habitat. Pembakaran sampah mengakibatkan pencemaran udara.

Untuk mengelakkan Malaysia terjadi ‘ masyarakat sampah ’ sebelum ‘ masyarakat maju ’, cara pembuangan dan pengurusan sampah yang sistematik adalah penting.

Menurut Field, mengurus sisa domestik ada tiga cara. Pertama adalah mengurangi penggunaan barang-barang. Kedua adalah penggunaan teknologi yang efektif untuk mengurangi produksi. Ketiga adalah meningkatkan kitar semula. Field dan Barret mengusulkan bahawa cara keseimbangan bahan, iaitu bahan yang digunakan sebagai input ekonomi haruslah dikembalikan ke alam semulajadi walaupun bentuknya yang berbeza.

Menurut Tchobanoglous, cara mengurus sisa domestik dikelompokkan kepada enam kelompok.
1. Penjanaan sampah (waste generation).
2. Pengumpulan, pemisahan dan kegiatan pengurusan di sumber sampah.
3. Pengumpulan akhir.
4. Pemisahan, pengurusan dan perubahan (transformation) sampah.
5. Pemindahan dan pengangkutan.
6. Pembuangan akhir (landfill).

Fungsi yang terpenting dari sistem pengolahan sisa domestik adalah pembuangan akhir (landfill). Sistem TPA ialah tempat penimbunan serta kemudahan yang canggih yang dapat mengurangi pencemaran air serta menghindari gangguan terhadap kesihatan rakyat Malaysia.

Pengurusan sisa domestik dari Environmental Protection Agency meliputi sumber sampah yang berkurang, kitar semula, pembakaran dan penimbunan di tapak pelupusan sampah. Pengurusan sisa domestik terpadu terdiri daripada pengurangan sumber sampah (source reductionk), kitar semula dan perubahan sampah (waste transformation).

Menurut Kementerian Persekitaran Australia, beberapa cara mengurangkan sisa domestik iaitu menghindari sampah, pengurangan sampah, penggunaan kembali, kitar semula, pemulihan tenaga, pengurusan yang baik dan tapak pelupusan sampah.

Kitar semula mempunyai kepentingan yang berasaskan kepada tiga alasan iaitu:
1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.

Mengurus sisa domestik yang besar memerlukan cara yang terbaik. Pihak kerajaan dan institusi-institusi haruslah membuat satu cara yang sesuai bagi menyelesaikan isu pengurusan sampah dan isu alam sekitar di Malaysia.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia mestilah ada rasa kesedaran bahawa sisa domestik mengandungi bahan-bahan yang boleh dipulih kembali melalui pengkomposan atau kitar semula. Seterusnya menyelesaikan masalah kuantiti sisa domestik yang memerlukan proses pelupusan.

Melalui program tersebut, kita mendapati bahawa pengekalan alam sekitar yang bersih dan indah bukanlah satu tugas yang mudah. Pihak kerajaan, pihak swasta dan rakyat Malaysia mestilah berusaha menglibatkan diri dan saling bekerjasama serta berkongsi tanggungjawab adalah amat penting sekali kerana peranan semua pihak adalah sama pentingnya. Segalanya bisa asalkan kita berusaha!

Fikirlah! Rakyat Malaysia mestilah menyelamatkan alam sekitar. Janganlah terlambat!