Memang menakjubkan! Sampah di Malaysia telah melebihi 50 tan sehari. Rakyat Malaysia sering menitikberatkan pertumbuhan ekonomi sebaliknya tidak mementingkan pengurusan sampah di Malaysia. Adakah manusia mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja?

Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan penggunaan sumber semulajadi dan pengekploitasian persekitaran yang akan mempengaruhi kitaran alam semulajadi. Tetapi, rakyat Malaysia mempunyai kesedaran sivik dan sikap bertanggungjawab yang tidak memuaskan yang akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan pemerebakan penyakit yang serius.




Lihatlah apakah yang manusia lakukan untuk bumi? Bumi telah memberikan keperluan kepada manusia. Tetapi manusia telah memulangkan alam sekitar yang tercemar. Sekarang, manusia yang menerima balasan. Adakah manusia mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja?

Menurut Ridwan Lubis, sampah dikategorikan kepada dua kategori, iaitu sisa domestik dan sisa bukan domestik. Sisa domestik adalah bahan-bahan buangan dari rumah. Manakala sisa bukan domestik adalah bahan-bahan buangan dari pasar, pekedai, pejabat, industri dan tapak pembinaan.

Sisa domestik dibahagikan kepada tiga bahagian. Sisa domestik organik seperti kertas, plastik dan bekas makanan. Sisa domestik inorganik seperti kaca, logam dan tin alu- minium. Sisa domestik yang bersaiz besar seperti tanaman, perabot dan barangan elektrik.

Sisa domestik berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan pendapatan dan taraf kehidupan rakyat Malaysia. Seterusnya telah menggalakkan pertumbuhan kegiatan produksi dan penggunaan barang-barang.

Rakyat Malaysia menghasilkan sisa domestik tetapi tidak mempedulikan cara pembuangan dan pengurusan sampah yang sistematik mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang serius di Malaysia. Pembuangan sampah sembarangan mengakibatkan pencemaran tanah dan saluran air. Pembuangan sampah ke sungai mengakibatkan pencemaran sungai dan kepupusan habitat. Pembakaran sampah mengakibatkan pencemaran udara.

Untuk mengelakkan Malaysia terjadi ‘ masyarakat sampah ’ sebelum ‘ masyarakat maju ’, cara pembuangan dan pengurusan sampah yang sistematik adalah penting.

Menurut Field, mengurus sisa domestik ada tiga cara. Pertama adalah mengurangi penggunaan barang-barang. Kedua adalah penggunaan teknologi yang efektif untuk mengurangi produksi. Ketiga adalah meningkatkan kitar semula. Field dan Barret mengusulkan bahawa cara keseimbangan bahan, iaitu bahan yang digunakan sebagai input ekonomi haruslah dikembalikan ke alam semulajadi walaupun bentuknya yang berbeza.

Menurut Tchobanoglous, cara mengurus sisa domestik dikelompokkan kepada enam kelompok.
1. Penjanaan sampah (waste generation).
2. Pengumpulan, pemisahan dan kegiatan pengurusan di sumber sampah.
3. Pengumpulan akhir.
4. Pemisahan, pengurusan dan perubahan (transformation) sampah.
5. Pemindahan dan pengangkutan.
6. Pembuangan akhir (landfill).

Fungsi yang terpenting dari sistem pengolahan sisa domestik adalah pembuangan akhir (landfill). Sistem TPA ialah tempat penimbunan serta kemudahan yang canggih yang dapat mengurangi pencemaran air serta menghindari gangguan terhadap kesihatan rakyat Malaysia.

Pengurusan sisa domestik dari Environmental Protection Agency meliputi sumber sampah yang berkurang, kitar semula, pembakaran dan penimbunan di tapak pelupusan sampah. Pengurusan sisa domestik terpadu terdiri daripada pengurangan sumber sampah (source reductionk), kitar semula dan perubahan sampah (waste transformation).

Menurut Kementerian Persekitaran Australia, beberapa cara mengurangkan sisa domestik iaitu menghindari sampah, pengurangan sampah, penggunaan kembali, kitar semula, pemulihan tenaga, pengurusan yang baik dan tapak pelupusan sampah.

Kitar semula mempunyai kepentingan yang berasaskan kepada tiga alasan iaitu:
1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.

Mengurus sisa domestik yang besar memerlukan cara yang terbaik. Pihak kerajaan dan institusi-institusi haruslah membuat satu cara yang sesuai bagi menyelesaikan isu pengurusan sampah dan isu alam sekitar di Malaysia.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia mestilah ada rasa kesedaran bahawa sisa domestik mengandungi bahan-bahan yang boleh dipulih kembali melalui pengkomposan atau kitar semula. Seterusnya menyelesaikan masalah kuantiti sisa domestik yang memerlukan proses pelupusan.

Melalui program tersebut, kita mendapati bahawa pengekalan alam sekitar yang bersih dan indah bukanlah satu tugas yang mudah. Pihak kerajaan, pihak swasta dan rakyat Malaysia mestilah berusaha menglibatkan diri dan saling bekerjasama serta berkongsi tanggungjawab adalah amat penting sekali kerana peranan semua pihak adalah sama pentingnya. Segalanya bisa asalkan kita berusaha!

Fikirlah! Rakyat Malaysia mestilah menyelamatkan alam sekitar. Janganlah terlambat!