Masyarakat prihatin, masyarakat penyayang, masyarakat harmoni dan banyak lagi digunakan bagi menggambarkan keadaan dalam satu-satu masyarakat.

Namun, apa yang akan terlintas di fikiran anda apabila mendengar istilah 'masyarakat sampah'?

Tahap kesedaran sivik masyarakat adalah masih lagi di tahap yang tidak memuaskan dan tidak salah jika dikatakan sikap tidak bertanggungjawab masyarakat turut sama ataupun boleh menyumbang kepada masalah ini dengan secara tidak langsung. Rakyat Malaysia menghasilkan > 15000 tan sisa buang setiap hari dan jumlah buangan yang terhasil adalah 5500 tan. Setiap rakyat Malaysia menghasilkan purata 1 kg sisa buangan sehari. Kerajaan tempatan kini menggunakan 40-70% daripada jumlah cukai taksiran tahunan hanya untuk pengumpulan dan pelupusan sampah.

Sisa buangan merupakan bahan yang dilupuskan kerana tidak boleh digunakan ataupun tidak mempunyai sebarang nilai lagi dari segi ekonomi, hasil daripada aktiviti manusia dan juga haiwan. Sisa buangan dihasikan melalui 2 cara iaitu sebagai bahan sampingan dalam proses pengeluaran barangan atau bahan dan apabila barangan atau bahan yang dikeluarkan (dihasikan) dibuang selepas digunakan.

Sisa domestik merupakan sisa yang dihasilkan daripada kediaman ataupu bangunan yang digunakan sebagai kediaman. Sisa sering terdiri daripada bahan organik dan bukan organik. Sisa organik terdiri daripada sisa makanan, kertas, tekstil, getah, kulit, kayu dan sisa kebun. Manakala sisa bukan organik terdiri daripada kaca, tin-tin, aluminium, besi, plastik dan kotoran. Sisa domestik juga termasuk sisa pukal yang memerlukan cara pengendalian yang khusus. Contohnya, radio, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perabot dan sisa berbahaya seperti bateri dan mentol lampu.

Terdapat beberapa punca sisa buagan domestik. Domestik atau perbandaran merupakan punca utama mencemarkan alam sekitar. Pembuangan sisa domestik terdiri daripada rumah dan pejabat seperti kertas, plastik, bahan organik dan bahan berbahaya (racun serangga dan produk membersih). Punca kedua adalah industri dan pemprosesan. Industri dan pemprosesan membuangkan sisa yang tidak bernilai selepas sesuatu proses. Vegetasi daripada kawasan hutan yang telah dilapangkan, bekas racun perosak dan baja yang kosong adalah terdiri daripada punca pertanian. Punca hospital atau perubatan menghasikan sisa klinikkal, jarum yang sudah dipakai dan ubat-ubatan tamat tempoh. Punca kawasan pembinaan membuangkan sisa debris, besi, konkrit, cat, jubin dan sebagainya. Punca-punca ini akan membawa masalah besar kepada negara dan kesihatan rakyat kita.

Penduduk-penduduk terpaksa berdepan dengan masalah bau busuk akibat pembuangan sisa domestik sehingga menimbulkan bau busuk di kawasan yang tidak jauh dari kawasan perumahan kereka. Penduduk-penduduk di kawasan itu akan merasa tidak selesa dan malu kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang datang menziarah.
Pembuangan sisa domestik lama-kelamaan akan mengancam keselamatan penduduk yang duduk berdekat dengan pembuangan sampah. Akibat kehadiran sampah domestik yang menjadi sumber makanan sesetengah haiwan, kawasan ini diancam kewujudan haiwan berbisa terutama ular. Haiwan ini akan masuk ke dalam rumah dan ada yang duduk dai bawah kenderaan penduduk. Masalah yang amat membimbangkan oleh pendudukan yang duduk dekat kawasan pembuangan sisa domestik adalah terhadap ancaman haiwan lain seperti nyamuk aedes dan tikus yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Pembuangan sisa domestik juga membawa masalah yang besar kepada Negara dan rakyat Malaysia. Sampah sarap bukan sahaja dibuang di kawasan penempatan tetapi juga dicelah-celah parit dan longkang yang mana ianya sarat dengan sampah sarap sehingga boleh menganggu aliran air dan susah untuk mengalir dengan lancar kerana adanya sekatan ataupun benda (sampah sarap) yang menghalang pengaliran air. Tahap pembuangan sisa domestik di negara kita agak tinggi dan semakin meningkat pada setiap tahun. Kadar terkini pembuangan sisa domestik adalah sebanyak 0.73 kg/ penduduk / hari.

Satu lagi punca yang boleh diterima walaupun ianya bukanlah diletakan sebagai punca utama kepada masalah banjir ini iaitu pembuangan sampah sarap oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Memang diketahui umum bahawa bencana banjir membawa pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar dan kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya. Antara impak banjir ialah pencemaran, hakisan, kerosakan pada struktur bangunan, kehilangan harta benda, kerosakan sistem saliran dan kerencatan aktiviti ekonomi. masyarakat tidak prihatin terhadap masalah ini dan kurang kesedaran sivik. Didapati kedai - kedai makan di mana longkangnya yang berada di sebelah tempat mereka memasak, longkangnya dipenuhi dengan bahan buangan sisa makanan malah parit di hadapan rumah kedai tidak mengalir langsung kerana tersumbat.

Peranan dan pemglibatan pihak kerajaan dalam menghadapi masalah pembuangan sisa domestik amat penting dan perlu dititiberatkan. Ini adalah kerana impak pembuangan sisa domestik turut mempengaruhi aspek kepentingan dan kestabilan politik sesebuah kerajaan yang memerintah. Memang tidak dapat dinafikan kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyatnya hidup dalam suasana yang selesa, aman dan selamat daripada sebarang bencana atau ancaman luar.

Program Pengurangkan Sisa BuanganDdomestik perlu diadakan pada semasa ke semasa. Dengan konsep 4R & 2C iaitu rethink (fikir semula), reduce (kurangkan), reuse (guna semula), recycle (kitar semula), composting (pengkomposan), closing the loop (melengkapkan kitaran sumber asli). Botol plastik, suratkhabar lama, tin-tin aluminium, baju lama, botol kaca, buku, magazine, kotak juga terdapat dalam kategori 4R & 2C. Program ini memerlukan kerjasama dan prihatinan masyarakat awam dan penduduk setempat amat penting dalam menangani masalah pembuangan sisa domestik yang sering melanda.

Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang- undang secara bersungguh- sungguh bagi menghalang masyarakat awam daripada terus membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang dengan sewenang- wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di negara- negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak dibuang merata- rata sesuka hati.

Masyarakat awam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan kesihatan diri sendiri serta orang lain. Bumi hanya ada satu oleh itu menyayangi bumi sama dengan menghargai nyawa kita sendiri.