' Negara Bersih, Rakyat Sihat '

Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan dan juga pembangunan? Adakah setiap dari kita mampu untuk melalui setiap proses yang berlaku? Ini adalah antara persoalan yang sering terdetik di benak fikiran kita. Namun sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita dalam merentasi arus globalisasi. Walaupun kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi, namun sedikit tercalar dek sikap segelentir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Namun di manakah pula peranan segelentir lagi masyarakat yang prihatin dalam menangani masalah alam sekitar ini? Pelbagai persoalan terjengah di minda fikiran apabila kita membicarakan tentang sampah sarap, kitar semula, pembuangan sisa toksid dan berbagai lagi. Isu-isu ini pencemaran alam sekitar seperti pencemaran sungai dan laut, pencemaran udara dan bunyi, kepupusan flora dan fauna dan sebagainya semakin menghimpit dunia hari. Semakin tenatkah bumi kita? Apakah kita ingin membiarkan bumi ini terus musnah angkara sikap kita sendiri? Alasan ini sudah cukup membuktikan dan menyedarkan kita tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.



Kepentingan dalam penjagaan dan juga pemuliharaan alam sekitar perlu dipupuk dan dipraktikkan dalam diri kita. Iannya memerlukan kerjasama yang erat dan berterusan di antara semua pihak. Langkah-langkah yang positif perlu dilakukan supaya alam sekitar kita akan sentiasa bersih.Langkah-langkah positif yang boleh diambil ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana menyebabkan berlakunya pencemaran dan jelas akan mendatangkan impak yang besar dalam jangka masa yang panjang. Kesan yang paling ketara ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin. Penggunaan ini akan menyebabkan lapisan ozon kian menipis dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat merbahaya kepada masyarakat. Penggunaannya perlu pengawalan terutamanya dari pihak yang berkuasa.

Atas dasar inilah, pihak berkuasa telah mewujudkan undang-undang tentang pencemaran alam sekitar secara menyeluruh supaya dapat membantu menjaga alam sekitar dengan lebih efektif. Walaupun begitu ada juga pihak pengusaha kilang mengambil sikap sambil lewa dan kurang menitik beratkan aspek-aspek tersebut. tetapi hasil dari sokongan serta sikap bertanggungjawab rakyat masa kini, banyak kes-kes yang melibatkan pencemaran dapat dibendung dan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa. Berbagai-bagai program telah diusahakan oleh pihak berkuasa bagi memberi kesedaran kepada masyarakat antaranya:-
- Amalan 5R
- Sambutan Hari Alam Sekitar
- Sekolah Lestari
- Sekolah Dalam Taman dan lain-lain lagi.

Atas dasar inilah, pihak berkuasa telah mengambil langkah dengan mengadakan kempen kitar semula. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula dan digunapakai sekali lagi. Setiap bahan yang tidak diperlukan boleh diklasifikasikan ke dalam tong-tong kitar semula seperti yang telah disediakan. bukan itu sahaja, malah ianya sekaligus dapat memulihara ekosistem untuk memastikan keutuhan, kepelbagaian biologi, menjaga sistem sokongan hidup, dapat memperbaiki pengurusan pembuangan sampah dan bahan bertoksid serta memberi perlindungan kepada habitat yang ada. Melalui pendekatan sebeginilah, maka sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos dan sekaligus menjamin kebersihan alam sekitar.

Bagi sesetengah bandar dan kampung, mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat manakala kilang pula meluncurkan sisa bahan beracun terus ke dalam sungai sekaligus mengancam dan memusnahkan kehidupan yang sedia ada di dalamnya. Sikap yang tidak bertanggungjawab serta lebih mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan pihak terlibat dengan kehidupan lain dan juga alam sekitar. Ini terbukti kerana terdapat sebahagian pengusaha kilang mengambil langkah mudah iaitu membuang sisa bahan beracun kilang terus ke dalam sungai walau pun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Adakah kita ingin menyalahkan pembangunan sebagai punca kemusnahan alam sekitar? Fikirkanlah!!!

Atas bantuan serta keprihatinan pihak Kerajaan, berbagai usaha telah dijalankan, iaitu dengan penggunaan teknologi moden yang mana sekaligus dapat mengurangkan kemusnahan alam sekitar. Antaranya sisa bahan pepejal seperti kain, surat khabar lama, majalah, bahan plastik, kaca, tin dan juga logam dapat melalui proses kitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Manakala bahan-bahan buangan industri pertanian pula diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang merbahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh diproses semula menjadi bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Manakala hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit misalnya boleh dihasilkan menjadi mentana. Selain daripada itu juga, dengan adanya teknologi moden ini, penapis udara dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan juga serombong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan pertol tanpa plumbum juga merupakan salah satu hasil daripada penggunaan teknologi moden.

Dengan adanya kempen-kempen yang dibuat saam ada melalui pihak Kerajaan, swasta dan juga peranan yang dimainkan oleh media massa dapat membentuk cara pemikiran masyarakat kita pada hari ini. dengan adanya paparan iklan yang disiarkan sekurang-kurangnya semangat kesedaran dapat ditiup dalam setiap sanubari masyarakat. Sedikit demi sedikit masalah dapat dibendung dan dapat memastikan kualiti kebersihan alam sekitar terjamin. Setiap dari kita perlu memainkan peranan dan sentiasa bekerjasama supaya kebersihan dapat dikekalkan. kita tidak harus meletakkan bebanan di atas bahu kerajaan semata-mata, malah seharusnya mewujudkan kerjasama yang erat dan bersepadu dari masyarakat akan lebih bermakna seterusnya dapat memuaskan hati semua pihak sinonim dengan slogan negara "NEGARA BERSIH, RAKYAT SIHAT"