Menurut Murtadho dan Said (1987), sampah organik dibedakan menjadi sampah organik yang mudah lupus (misal:sisa makanan, sampah sayuran dan kulit buah) dan sampah organik yang tidak mudah lupus (misal : plastik dan kertas). Setiap hari manusia menghasilkan sisa-sisa kumbahan. Sisa-sisa kumbahan boleh didefinisikan sebagai kumbahan domestik. Sisa domestik ialah bahan buangan kegunaan harian manusia. Sisa domestik hasil daripada kediaman. Sisa domestik boleh diketegori kepada dua jenis iaitu bahan organik dan bukan bahan organik. Contoh Sisa organik adalah seperti sisa makanan, kertas, tekstil, getah, kulit, kayu dan sisa kebun manakala contoh sisa bukan organik seperti kaca, tin-tin, aluminium, besi, plastik dan kotoran.

Bukan begitu sahaja, sisa pukal (bulky waste) juga boleh dikenali sebagai sisa domestik tetapi sisa ini memerlukan cara pengendalian yang lebih khusus kerana ia susah dan tidak dapat diuraikan secara sewenang-wenang. Sebagai contoh sisa pukal adalah seperti radio, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, perabot, dan sisa berbahaya seperti bateri dan mentol lampu.

Bahan yang dibuang selepas aktiviti manusia dan haiwan juga dikenali sebagai sisa buangan ataupun dipanggil bahan buangan. Sisa ini tidak boleh digunakan semula ia cuma boleh dilupuskan sahaja. Bahan sisa ini adalah tidak membawa sebarang rezeki kepada manusia kerana ia tidak mempunyai sebarang nilai dari segi ekonomi. Pembungkusan bahan plastik boleh mencemarkan kerana bahan ini tidak boleh diuraikan oleh bakteria atau kulat. Sisa makanan yang berlebihan jika tidak dibuang dengan sempurna akan mengeluarkan bau yang busuk dan boleh menggalakkan pembiakan organisma yang menyebarkan penyakit seperti tikus, lalat, dan lipas yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan.

Perkembangan dan pertumbuhan penduduk yang pesat mengakibatkan daerah semakin luas dan padat. Peningkatan aktiviti manusia, lebih lanjut menyebabkan bertambahnya sampah. Faktor yang mempengaruhi jumlah sampah selain aktiviti penduduk antara lain adalah : jumlah atau kepadatan penduduk, sistem pengelolaan sampah, keadaan geografi, musim dan waktu, kebiasaan penduduk, teknologi serta tingkat sosial ekonomi (Depkes RI, 1987).

Sikap manusia yang tidak baik dan tidak bermoral adalah punca menyebabkan buangan domestik. Contoh tingkah-laku yang tidak bermoral yang diamalkan oleh masyarakat ialah suka membuang sampah-sarap iaitu sisa domestik yang dihasilkan dari kediaman atau membuangkannya di tempat yang jauh dari tempat kediaman tanpa membuang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Kesan kepada alam sekitar
1. Kesan-kesan pencemaran udara
• Kesan ke atas manusia dan haiwan
-gangguan pernafasan
-sakit kerongkong
-sakit kulit
-sakit mata
-sakit paru-paru
• Kesan ke atas tumbuh-tumbuhan
-kehangusan daun
-kehilangan warna hijau
-merosakkan tisu tumbuhan
• Kesan ke atas harta benda
-hakisan bahan-bahan binaan
-mengotorkan permukaan ( dinding rumah
2. Kesan-Kesan pengendalian tidak efektif sisa pepejal
• Pencemaran sumber air bawah tanah
• Pencemaran permukaan air yang mungkin mendatangkan kesan terhadap bekalan air minuman kita
• Dari segi kesihatan; bau busuk, tikus, lalat, nyamuk
• Sampah yang tidak diuruskan dan dilupuskan dengan segera, akan menjadi tempat pembiakan pelbagai
penyakit berjangkit
• Pereputan sisa, ditambah dengan bau busuk, pengeluaran gas dancecair berbahaya, boleh mengancam diri dan alam sekitar kita

Penduduk semakin bertambah atas pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara telah menyebabkan pertambahan buangan domestik. Hal ini telah menyebabkan masalah timbunan sampah domestik. “Bayangkanlah sekiranya setiap hari lebih daripada 10 000 tan sampah dihasilkan di Malaysia. Ini tidak termasuk di lain-lain negara di dunia ini terutama negara maju. Hanya dalam beberapa tahun sahaja dunia akan ditimbuni sampah-sarap jika tidak dipantau.”Bahan buangan seperti surat khabar, botol, perabot lama dan plastik boleh digunakan semula kerana bahan ini tidak menghasilkan bau (Hairul kamal Wahid 2006).

Kami boleh dapati banyak bahan buangan sisa domestik dibuang di dalam sungai, longkang atau parit-parit kecil yang dibina sendiri. Sekiranya sungai, longkang atau parit-parit kecil tersebut telah tersumbat, akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu adalah wajar untuk masyarakat mengetahui cara terbaik untuk melupuskan bahan kumbahan. Ini penting untuk memastikan tiada udara tercemar dan bau yang kurang menyenangkan.Oleh itu, pengurusan sisa perlu mengamalkan konsep 4R & 2C iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula), Composting(pengkomposan) dan Closing the loop(melengkapkan kitaran sumber asli)

Bahan organik pada landfill akan mengalami penguraian. Penguraian tersebut berlangsung melalui proses kimiawi dan biologis yang selanjutnya akan menghasilkan bahan padat, gas dan cairan. Secara garis besar bahan organik akan diuraikan dalam keadaan lingkungan yang beroksigen (aerobic) dan atau keadaan tanpa oksigen (anaerobic).

Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (Pelan Srategik) telah melaksanakan satu progrm untuk menyelesaikan masalah buangan domestik. Antara langkah yang diambil ialah membina lebih banyak tapak pelupusan baru dan stesen pemindahan yang dilengkapi dengan sistem yang sempurna supaya menjimatkan masa dan tenaga untuk mengumpulkan buangan domestik. Selain itu, mereka juga amat memberikan keutamaan kepada cara untuk mengurangkan buangan domestik. Antaranya ialah penggunaan semula bahan domestik supaya dapat mengurangkan jumlah bilangan bahan buangan domestik yang semakin kian bertambah sejak kebelakangan ini. Dalam kehidupan seharian, masyarakat digalakkan menggunakan bioplastik yang dapat mesrakan alam.

Kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa mesra alam supaya membinakan lebih banyak tapak pelupusan atau rawatan sisa toksik . Selain itu, pihak berkuasa alam sekitar perlu sentiasa membuat pemeriksaan supaya dapat menjaminkan sistem pengurusan sisa domestik dalam keadaan yang baik dan sempurna. Bukan begitu sahaja, kerajaan perlu membuat pemeriksaan mengejut di semua premis pihak dari masa ke semasa. Undang-undang yang ketat perlu diamalkan di Malaysia agar tidak kelihatan seperti melepas batuk di tangga. Selain itu, perundangan yang ada kini perlu sentiasa dikaji semula agar dapat menghukum mana-mana pihak yang membuang sisa domestik dengan sesuka hati sehingga mencemarkan alam sekitar yang kian berada dalam keadaan yang membimbangkan semua pihak. Contohnya kerajaan dan pihak undang-undang perlu mengenakan bayaran kompaun yang lebih tinggi ke atas kesalahan pembuangan haram sisa yang supaya dapat menakutkan dan menghukumkan sesiapa yang salah di sisi undang-undang. Hal ini agar dapat mengelakkan pihak tertentu tidak lagi mengambil jalan mudah untuk melupuskan sisa buangan domestik. Pengeluaran lesen ke atas syarikat atau kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembuangan sisa pula mestilah diperketatkan. Selain itu, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak kempen dan aktiviti yang bertajuk “ mesrakan alam sekitar “ bagi meningkat kesedaran harus dipergiatkan untuk mendidik orang awam mengenai manfaat mengamalkan penggunaan secara mampan. Kempen kesedaran harus diadakan di merata-rata tempat seperti di sekolah, tempat rekreasi, tempat membeli-belah dan sebagainya agar lebih ramai orang sedar untuk memelihara alam sekitar.

Pengitaran semula perlu diadakan oleh semua pihak. Mendisiplinkan manusia adalah tanggungjawab keluarga, sekolah dan manusia sendiri. Sememangnya pengitaran semula bahan-bahan buangan telah lama dipraktikkan di negara-negara maju tetapi di Malaysia pengitaran masih baru dan tidak ramai mengetahui kebaikannya.

Kompos adalah bahan organik yang terbuat dari bahan-bahan hijauan dan bahan organik lain yang sengaja ditambahkan untuk mempercepatkan proses pembusukan, misalnya kotoran ternak atau bila dipandang perlu, boleh ditambahkan pupuk buatan pabrik seperti urea (Wied, 2004). Pihak sekolah dan ahli keluarga perlu sentiasa mendidik kanak-kanak cara membuang sisa domestik secara betul serta membimbing mereka untuk memelihara alam sekitar. Pihak sekolah dan ahli keluarga boleh mendidik generasi yang baru bahawa surat khabar lama boleh diproses semula menjadi kertas dan tisu. Bukan begitu sahaja, botol air yang telah dipakai boleh digunakan semula untuk mengisi air minuman. Getah merupakan sisa domestik yang bukan organik maka ia akan diguna semula untuk memproses semula tayar atau menambah lapisan bunga pada tayar.

Akhir kata, kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama rakyat seluruh pelusuk negara, oleh itu, perlulah kita bersama-sama mengamalkan pepatah ini “Negara Bersih, Rakyat Sihat”